Tuesday, April 23, 2013

Wednesday, April 10, 2013

5 Wanita Terkejam Didunia


1. Jiang Qing 1914 – 1991
Jiang Qing

Jiang Qing adalah isteri kpd Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapatkan posisi yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Dipercayai bahawa dialah dalang disebalik Revolusi Budaya Cina (dimana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di Cina dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yg lain juga dipecat secara paksa. Jumlah korban kematian, baik dari orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi perkiraan tersebut naik menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.


2. Elizabeth I of England 1533 – 1603

Korban : ribuan orang

Elizabeth I, dalam perintahan untuk menindas fahaman Katolik, ribuan penganut Katolik di Inggeris dibunuh. Selama dia melakukan hal-hal baik untuk kehormatan parlimen, dia juga merupakan raja yang kejam. Sebagai tambahan, Elizabeth memberikan Queen Mary of Scots tempat perlindungan, lalu tiba-tiba mengkhianatinya dan meletakkan dia didalam penjara selama hamper 19 tahun, lalu membunuh dia. Dia menganjurkan perompakan melawan kapal-kapal Sepanyol dan mendalangi penukaran budak.


3. Elena Ceauşescu 1916 – 1989

Korban : penghapusan etnik

Elena Ceauşescu merupakan orang Romania yang menyatakan diri sebagai ilmuwan, isteri dari pemimpin komunis Romania Nicolae Ceauşescu, dan wakil perdana menteri Romania. Romania menyatakan bahwa Elena Ceauşescu bertanggungjawab atas pembebasan dari kontrol kelahiran yang mencipta krisis dari tahun 1970-1980an, menghasilkan kebanjiran bayi yang tidak diinginkan. Bayi-bayi, dan anak-anak tersebut akhirnya tinggal di tempat yatim piatu. Dia juga mengetuai komisi kesihatan lingkungan, dimana dia menyangkal adanya AIDS di Romania, yang merupakan salah satu kuasa paling besar didunia barat. Dia juga bertanggungjawab atas kehancuran gereja-gereja dan pendistribusian makanan yang pada tahun 1980an terletak di Romania. Dia akhirnya dihukum bunuh atas kejahatannya yang melawan kemanusiaan dan semasa hukumannya berlangsung, dia berteriak “pergilah ke neraka” ketika itu


4. Phoolan Devi 1963 – 2001

Korban : 22 org lebih

Phoolan Devi adalan dacoit India (perompak bersenjata) yang mempunyai karier singkat sebagai ahli politik. Pada 1970an dia diculik dia akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan. Pada satu saat dia diperkosa oleh sekumpulan laki-laki di Behmai. Dia memilih untuk lari dan meneruskan hidupnya untuk melakukan kejahatan, merompakk dari orang-orang kaya. Lalu dia akhirnya kembali ke Behmai dan dia memerintahkan semua lelaki untuk berbaris dan menembak mereka semua. Paling tidak sekitar 22 laki-laki terbunuh. Lalu dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan 11 tahun penjara. Dia masuk kedalam dunia politik, tetapi hanya dalam waktu yang singkat kerana adanya pemberontakkan. Secara mengejutkan, tahun 1998, Phoolan Devi dinominasikan untuk mendapatkan penghargaan Nobel oleh beberapa anggota parlimen Inggeris. Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha balas dendam atas pembunuhan yang ia lakukan di Behmai.


5. Rosemary West 1953

Korban : 12 org

Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercaya telah menyeksa dan membunuh 12 wanita muda. Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah tertuduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap anak. West mengembangkan kebiasaan untuk mengambil anak-anak perempuan dari perhentian bas disekitar Gloucester, Inggeris dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya. West mempunyai nafsu seks yang besar sekali dan menikmati perkosaan secara ekstrem dan seks sadomasocithistic. Rosemary adalah seorang biseksual dan banyak mangsa mereka menjadi korban-korban untuk kepuasan seks dia dan suaminya. West juga bekerja sebagai pelacur. Dua dari anak mereka adalah anak dari kliennya. West adalah salah satu dari hanya dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (yang lainnya adalah Myra Hindley yang sudah meninggal saat ini)

Saturday, April 6, 2013

Kebesaran Allah, bayi keluar dari dalam lumpur

Menurut sumber, bencana banjir besar yang berlaku di Bangladesh yang telah menenggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh banjir dan terkubur didalam tompokan lumpur.

Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian suatu keajaiban terjadi dimana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur itu telah melahirkan bayinya yang timbul diatas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa.

Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada didalam rahim ibunya yang sudah mati didalam lumpur. Berikut merupakan gambar-gambar tersebut ketika dijumpai.






Wednesday, April 3, 2013

Gambar Kesilapan Harian Metro Yang Paling Memalukan

Gambar kesilapan Harian Metro yang paling memalukan. Mugkin sesuatu yang pelik dan menghairankan jika anda tidak mengenali akhbar Harian Metro iaitu akhbar nombor satu pilihan pembaca di Malaysia.

Harian Metro sejak dahulu lagi telah menjadi pilihan pembaca rakyat di Malaysia. Namun, baru-baru ini akhbar nombor satu pilihan pembaca di Malaysia ini mendapat malu apabila satu artikel di bahagian“setempat” mempunyai kesilapan ejaan.

Sepatutnya ejaan “angin kencang” tetapi kesilapan ejaan itu menjadi “angin kencing”. Sepatutnya kesilapan ini tidak berlaku kerana akhbar Harian Metro merupakan akhbar pilihan nombor satu pembaca di Malaysia.

Sebagai editor akhbar Harian Metro seharusnya menitikberatkan mengenai ejaan yang ditulis di dalam akhbar itu dan “typing error” dapat dielakkan.


Sunday, March 31, 2013

8 Gambar - Treechada Petcharat Lelaki Paling Cantik Di Thailand

Golongan transgender Thailand memang terkenal dengan kemampuna mereka untuk kelihatan lebih hot dari wanita sebenar. Treechada Petcharat (26) yang merupakan pemenang tahun 2004. Beliau dilahirkan sebagai Saknarin Marnyaporn sebagai seorang lelaki tetapi Saknarin Marnyaporn merasakan diri beliau seorang wanita yang terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki. Pada usia 17 tahun beliau melakukan perubahan jantina dan menukar nama beliau kepada Treechada Petcharat. 

#Are you gay?







Tuesday, March 26, 2013

[4 Foto] Siapakah Lelaki Di Sebalik Maskot ALONG?


Bagi mereka yang lahir tahun 80an dan 90an. pasti familiar dengan rancangan kucing yang boleh bercakap iaitu ALONG. Along ni ada adik dua orang adik iaitu Angah dan Achik. Kalau dulu setiap kali rancangan ni nak start mesti dah ready awal-awal depan TV tunggu Siti Sifir keluar.. Memang legend la rancangan nih... Tapi kali ni nak cerita siapakah yang mamakai maskot Along nih? 

Mungkin ada yang dah tau dan mungkin ramai jugak yang tak tahu. Lelaki disebalik maskot Along ni tak lian tak bukan ialah pelakon yang famous dgn filem Istanbul Aku Datang iaitu Beto Kushairy.





Monday, March 25, 2013

Lagi Kisah Ulat!!Dalam Nasi Himpit Segera.Hati-hati!!

SERI KEMBANGAN – Selera sebuah keluarga di Taman Universiti Indah di sini untuk menikmati hidangan di pagi raya Aidiladha lalu terbantut apabila melihat banyak ulat dalam dua peket nasi himpit segera yang dibeli mereka di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, hujung bulan lalu.

Yang menimbulkan tanda tanya, tarikh luput penggunaan nasi himpit itu masih lama iaitu Ogos 2014 menyebabkan mereka menolak kemungkinan ia rosak.

Ibu kepada empat anak yang hanya mahu dikenali sebagai Mia berkata, pada 25 Oktober lalu dia ke pasar raya di Seri Kembangan itu untuk membeli bahan masakan bagi sambutan Hari Raya Aidildha.

Katanya, dia mencapai dua peket nasi himpit segera di rak yang masing-masing berharga RM6.29.

Mia berkata, sebaik membuka bungkusan besar yang mengandungi 35 peket kecil nasi himpit segera untuk direbus pada keesokan harinya, dia terkejut apabila melihat banyak kepompong.

“Apabila diteliti, saya lihat hampir setiap bungkusan ada kepompong dan ulat, di plastik peket besar pula ada satu lubang kecil yang berkemungkinan menjadi ‘laluan’ ulat itu dapat tembus ke dalam peket kecil.

“Kesal dengan perkara itu, pagi raya itu juga saya ke pasaraya bagi memaklumkan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, selepas perkara itu dimaklumkan, dia melihat pekerja pasar raya mengosongkan rak di mana peket nasi himpit itu dipamerkan.

Bagaimanapun, Mia berkata, dia yang ke pasar raya itu sekali lagi pada 27 Oktober terkejut apabila melihat ada beberapa peket nasi himpit jenama sama yang dibeli pada mulanya itu diletakkan kembali di rak.

Katanya, dia membeli sepeket lagi jenama itu untuk melihat sama ada produk terbabit sudah ditukar kepada yang lain atau sebaliknya.

Jelas Mia, dia terkejut apabila mendapati peket kecil itu juga mengandungi ulat sama seperti dua peket yang dibeli sebelum ini.

Aduan katanya kemudian dibuat kepada Jabatan Kesihatan Daerah, namun tiada tindakan diambil.

Justeru menurutnya, dia meminta pihak berkenaan memantau perkara itu kerana bimbang kesihatan pengguna lain yang membeli barang sama selepas ini.

“Rasa sakit hati ditipu pembekal barangan, bagaimana ulat boleh bersarang di dalam peket itu sedangkan tarikh luput lambat lagi. Adakah kerana proses pembungkusan tidak mengikut prosedur, agensi berwajib kena pantau hal ini,” katanya.



Sunday, March 24, 2013

Rahsia Besar KFC Hanya Diketahui Oleh 2 Orang


Tapi ramai tak tahu rahsia besar tentang hidangan KFC yang digemari ramai ni.. Rahsia besar KFC ini dikatakan hanya diketahui oleh 2 orang sahaja..

Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.

KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.

Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.

Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.
Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.

Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:

“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”

Thursday, March 21, 2013

Makanan Pelik & Menjijikan Orang Asia (5 Gambar)

Sebelum nie makanan pelik di dunia dah ada, kali nie makanan pelik dan menjijikan pulak. Menjijikan ke? Tapi rasa-rasa nampak macam sedap jer…

1) Telur Abad – Telur Abad ini terutamanya dimakan di China dan negara-negara lain di Asia adalah telur puyuh, itik dan lain-lain yang telah dipelihara dalam sesuatu jangkamasa berwarna hitam. Tapi banyak jer kat kedai-kedai Malaysia telur nie kan, orang kita sebut telur nie, telur padi. Betul?


2) Chrysalis (Larva ulat bulu) - Terutamanya hidangan asian hujungnya adalah peringkat yang beluncas pergi melalui apabila berubah menjadi rama-rama.

3) Buah Zakar Ayam Jantan - Buah zakar ayam jantan boleh dimakan mentah atau dimasak. Faktor menjijikkan adalah cukup jelas kerana ia adalah sebahagian dari benda yang sulit, tetapi setengah orang mengatakan ianya sesuatu makanan yang istimewa! Slurrppp

4) Zakar Kerbau – Zakar Kerbau walaupun terutamanya digunakan untuk dimakan & dijilat anjing, tetapi ianya juga dimakan oleh manusia. Ia sering dipanggil “Pizzle”.

5) Landak Laut - Landak laut lebih sesuai dimakan terus dengan begitu sahaja tanpa dimasak. Landak laut?